"HPN" Malaysia di Melaka bakal diresmikan Perdana Menteri 29 Mei 2022

id HPN MALAYSIA ,hawana,Iswami

"HPN" Malaysia di Melaka bakal diresmikan Perdana Menteri 29 Mei 2022

Malaysia pada 2022 segera gelar "HPN" pertama (Ist)

Kuala Lumpur (ANTARA) - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan pertemuan bersama wakil-wakil media bagi membincangkan berkenaan pelaksanaan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) --atau setara Hari Pers Nasional (HPN) di Indonesia-- pada 2022, yang dijadual diadakan di Melaka pada 29 Mei 2022.

Dalam rilis diterima di Tanjung Selor, Kamis disebutkan Perdana Menteri bersetuju untuk merasmikan perhimpunan terbesar wartawan Malaysia menerusi sambutan HAWANA itu, yang sebelum ini pertama kali diadakan pada 2018.

Wakil media diketuai Presiden Ikatan Setia Kawan Wartawan Malaysia dan Indonesia (ISWAMI) Datuk Mokhtar Hussain, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA, Roslan Ariffin,Penasihat ISWAMI Datuk Zakaria Abdul Wahab, Ketua Pengarang UtusanTV, Datuk Zulkefli Hamzah dan Ketua Pengarang Astro Awani Ashwad Ismail.

Sambutan HAWANA adalah bagi menghargai golongan wartawan di Malaysia, yang disambut pada setiap 29 Mei, bersempena penerbitan pertama akhbar Utusan Melayu pada 29 Mei 1939.

ISWAMI dan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA)akan menjadi penggerak utama pelaksanaan program itu, yang turut melibatkan agensi, pertubuhan dan pengamal media yang lain.

Bersempena HAWANA itu, ISWAMI Malaysia juga akan mengundang 17 pemimpin utama media dari Indonesia termasuk ISWAMI Indonesia, untuk turut hadir pada program berkenaan.

ISWAMI juga merancang untuk mengundang 20 editormuda dari pelbagai agensi media di Indonesia pada program lawatan muhibbah pada Jun 2022, dalam usaha mengukuhkan lagi kerjasama strategik media Malaysia dan Indonesia, selain mengukuhkan lagi hubungan dua hala kedua-dua negara

Baca juga: Wartawan Indonesia-Malaysia doa bersama bagi kesembuhan Mahathir Mohammad
Baca juga: ISWAMI dukung sikap PM Malaysia terkait relasi wartawan RI-Malaysia